Soil Ph Stabilization and Plant Nutrition Restoration Using Natural Waste ( SMK RAJA MAHADI, KLANG ) |
TMP LITTLE SCIENTIST ACADEMY dengan bangga mengumumkan persidangan antarabangsa yang akan bermula dari 1 Ogos hingga 3 Ogos,2024 adalah diilhamkan untuk memajukan pendidikan bagi generasi akan datang.
Dengan tema Kreativiti Dalam Pedagogi Pendidikan dan Integrasi Teori Baharu, persidangan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan pendidik dari lebih 20 buah negara secara atas talian (online) dan bersemuka (offline) untuk membincangkan amalan pendidikan yang mampan dan inovatif.
TMP LITTLE SCIENTIST ACADEMY yang di ketuai oleh Dr. Malini Eaganathan merupakan pemenang dua kali pingat World Book Of Records memikul tugas untuk melaksanakan tugas sebagai penganjur acara berprestij ini dimana merupakan peluang untuk beliau memperkenalkan lebih dekat Malaysia kepada deligasi yang akan menghadiri persidangan ini bertepatan dengan kejayaan beliau yang memperkenalkan Malaysia melalui Pendidikan dan kebudayaan.
Dengan segala usaha dan keringat Dr. Malini kini berjaya membawa deligasi pendidik ke Malaysia dan melaksanakan pertandingan STEM untuk pelajar tempatan semasa persidangan. Menurutnya beliau sedang dalam proses mendapatkan kelulusan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk permarkahan dimana markah akan diberikan untuk aktiviti kokurikulum buat para pelajar yang memasuki pertandingan.
Tujuan utama persidangan ini adalah untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam pedagogi pendidikan, serta menyediakan platform bagi para pendidik untuk berkolaborasi dan berkongsi idea mengenai masa depan pendidikan. Dengan kehadiran pendidik dan pelajar dari pelbagai negara (15negara) pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk meningkatkan pertukaran pengetahuan dan pemahaman budaya.
Beberapa aktiviti yang dijadualkan termasuklah Olimpiad Antarabangsa dalam Bahasa dan Kepimpinan, pertandingan STEM, sesi latihan, pertukaran budaya, lawatan sekolah, sesi parallel, sesi pembentang kunci, serta bengkel kolaboratif. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran holistik bagi kedua-dua pendidik dan pelajar yang menghadiri persidangan.
Kami memiliki kerjasama yang berharga daripada rakan-rakan kerjasama untuk persidangan ini. Universiti Geomatika Malaysia merupakan rakan kongsi utama dalam merealisasikan persidangan antarabangsa ini dan menjadi tulang belakang kejayaan TMP Little Science berkongsi pengetahuan bersama pelajar baru menganai inovasi.
vyshnavi thiageswaran , 9y.o |
Selain Universiti Geomatika Malaysia, Kami juga mendapat Kerjasama dari rakan kolaborasi Kami iaitu Universiti Nilai untuk Pertandingan STEM yang akan berlangsung pada 1hb Ogos,2024.
Selain itu World Book of Records London, RELLTAW International, , Malaysian Young Scientist Association, dan Yayasan Geist adalah sebagai rakan strategik. Sumbangan dan sokongan mereka telah membantu menjayakan persidangan akan datang ini.