SOSIAL MEDIA

02 August, 2024

DEMI " MENJAGA JODOH ORANG LAIN " ARA JOHARI SANGGUP TERBANG KE JAKARTA

ARA JOHARI


KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024 - Pernah melalui fasa putus cinta, penyanyi Ara Johari meluahkan kesakitan yang dirasai itu menerusi single baharunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL).

 

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Binti Johari, 27, berkata single berentak balada itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pasti menyentuh jiwa sesiapa yang pernah melalui pengalaman sama. 

 

“Saya jatuh cinta ketika pertama kali dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati, bila dengar lagu ini rasa sakitnya menusuk ke hati. 



“Saya yakin sesiapa yang mendengar juga tersentuh terutama yang pernah ada pengalaman putus cinta dan bekas kekasih sudah berkahwin dengan orang lain” ujarnya. 

 

Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) merupakan lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbang karya- karyanya kepada penyanyi papan atas Indonesia seperti Judika (Bukan Dia Tapi Aku) dan banyak lagi. 



Lebih istimewa, gubahan muzik lagu ini mendapat sentuhan daripada penggubah muzik terkenal Indonesia Adrian Rahmat Purwanto. 

 

Manakala, proses rakaman dilakukan di Bro’s Studio di Jakarta dibawah bimbingan vokal stail Bowo Soulmate. 

 

“Saya bertuah dapat bekerja dengan pemuzik-pemuzik handal Indonesia. Ianya merupakan satu pengalaman baru dalam career seni saya. Mereka banyak bekerja dengan nama besar seperti Mahalini, Lyodra dan Keisya Levronka. 





“Alhamdulillah urusan rakaman berjalan lancar seperti yang dirancang. Bekerja dengan mereka juga mudah dan pantas” ujarnya.