Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti.
Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kri@s dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berpres@j Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu.
Penyanyinya, Ito Mohd berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu.
“Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara solo pun memiliki 20 album. Justeru, ini cara terbaik untuk meraikan kembara lima dekad Blues Gang, terutama untuk peminat dan penggemar blues.
“Kenapa Blues Gang Apo Nak Dikato sebagai judul konsert istimewa ini? Ini @dak lain sebagai tribute karya dalam loghat Negeri Sembilan ‘paling power’ kami sepanjang 40 tahun ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan AV Group, Zool Azri Abu Bakar dan Shamsul Effendi Mahammad sebagai rakan kongsi penganjuran konsert ini.
Namun hanya bertiga perjuangan Blues Gang ialah Julian Mokhtar sebagai pemain gitar utama dan Ghani Dato Abu Talib (gitar kedua/keyboard), selain Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut. Pemain bass dan vokal, Jim Madasamy telah meninggal dunia pada 2018 sebelum Shaik Karim (dram/vokal) menyusul Julai tahun lalu.
Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato juga menyaksikan Belbis mengendalikan produksi dan penerbit konsert, manakala Mewah Event Management (MEM) dan Itos Co`age Muzik sebagai rakan-rakan strategik, selain Ilassotickets bagi pengurusan tiket. Konsert ini juga mendapat sokongan penajaan daripada PBH Music & BLW sebagai rakan teknikal.
Sebagai penghargaan dan terima kasih Blues Gang kepada peminat yang membeli tiket konsert ini, penganjur dengan berbesar hati akan menghadiahkan beberapa hadiah cabutan bertuah berupa gitar eletrik, keyboard serta banyak cenderahati menarik yang lain kepada pembeli tiket bertuah.
PBH Muzik dan BLW Gitar sekali lagi bermurah hati terus menyokong industri muzik Malaysia dengan menaja kesemua hadiah ini nanti. Pengumuman pemenang bertuah akan dibuat pada hari konsert dan akan disampaikan oleh kumpulan Blues Gang sendiri.
Menurut penyanyi Blues Gang, Ito Mohd, konsert pada Ogos itu juga bagi memperbetulkan prasangka bahawa Blues Gang hanya tinggal nama.
“Blues Gang tidak pernah bubar walaupun kehilangan beberapa ahli yang diakui meninggalkan kesan mendalam buat kami. Konsert ini juga bagi menghidupkan kembali kenangan bersama, selain bertepatan dengan kelahiran single, Bincang Adik Beradik yang akan dilancarkan nanti,” katanya sebagai menyusul single Panglima Awang Hitam yang telah diterbitkan sebelum ini.
Juga dikenali dengan lagu seperti Khatulistiwa, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Cinta Oh Cinta dan Mak Siti, band yang diperkenalkan pada 1979 itu menerusi album Inggeris, Anytime, Anyday dijangka bakal memperdengarkan semua hits mereka dalam konsert selama hampir dua jam itu. Tentunya lagu-lagu siulan ramai seperti Ibu dan lagu ikonik Apo Nak Di Kato akan dipersembahan selain lagu Inggeris daripada album terdahulu berjudul Malaya Blues yang bakal mengembalikan nostalgia turut didendangkan oleh kumpulan blues lagenda tanah air ini nanti.
Bagi menjamin keselesaan semua peminat yang hadir, kesemua kategori tiket adalah duduk dan bernombor. Bagi peminat yang pertama kali hadir ke Zepp KL, venue ini menyediakan kemudahan lengkap seperti tandas, surau, kaunter makanan ringan serta ruang merokok di bahagian luar dewan konsert. Bagaimana pun, makanan serta minuman adalah dilarang dibawa masuk ke dalam dewan konsert.
Tiket berharga RM198 (Silver), RM268 (Gold), RM398 (Platinum) dan RM338 (Diamond), selain RM5,099 (Royal Box – ruang eklusif boleh memuatkan 8-10 pax) boleh didapatkan dengan melayari laman web tiket online http://ilassotickets.com atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.