SOSIAL MEDIA

31 July, 2024

GV RIDE SYARIKAT E-HAILING TEMPATAN MENAWARKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH INOVATIF BUAT PEMANDU DAN PENGGUNA


GV Ride adalah syarikat e-hailing tempatan yang komited untuk menjaga operasi, manfaat dan keuntungan dalam Malaysia. Kami menawarkan solusi tempahan yang mesra bajet yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang. 

Kami memastikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sentiasa mendengar maklum balas daripada pemandu dan penumpang sebagai keutamaan nombor satu kami. Tidak ketinggalan, sebagai salah satu daripada 30 syarikat yang berdaftar dengan APAD, kami akan menyediakan EVP untuk pemandu sebelum akaun dalam talian mereka diaktifkan.


GV Ride adalah inovatif dan disesuaikan dengan keperluan hari ini. Ciri rundingan harga unik kami membolehkan penumpang menetapkan tambang pilihan mereka, dan jika pemandu bersetuju, perjalanan disahkan. 

Penumpang boleh memilih pemandu mereka, menjejaki lokasi mereka, mendapatkan anggaran masa ketibaan, dan menggunakan pelbagai kaedah pembayaran. Tambahan pula, anda mempunyai pilihan untuk memilih kereta pilihan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Alami perbezaannya dengan GV Ride!


Menurut Pengarah Urusan En. IR Vincent Chew Hian Sern " GV bermaksud Green Vision. Kami adalah syarikat mesra alam dan merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik pada akhir tahun 2024 untuk kegunaan individu, pemandu, dan penumpang. Kami menawarkan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan semua orang! "

Pengurus Jualan En. Alan Chew memberitahu bahawa GV RIDE telah ditubuhkan pada tahun 2023, dan kami telah memulakan penyelidikan kami. Aplikasi kami adalah penyelesaian white-label yang disesuaikan dengan pemandu dan pengguna tempatan. Semuanya diuruskan secara tempatan, memastikan operasi sistem IT 24 jam. 


Kami berhasrat untuk menyediakan sistem yang disukai oleh pemandu dan penumpang. Kami akan menjadi kawan baru anda, menyediakan platform perkhidmatan pelanggan yang berkesan dan berkualiti. 

Pemandu dan pengguna perlu mengesahkan perjalanan, memastikan tiada penugasan automatik. Nantikan kempen pengiklanan pemandu kami. Kod promo dan baucar untuk pengguna akan disediakan tidak lama lagi. Kadar komisen kami adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana syarikat e-hailing di Malaysia.

Kami juga akan memperkenalkan kereta elektrik untuk pengguna dan skim penjimatan di mana pemandu boleh menyewa kereta elektrik ini untuk GV Ride. Pemandu boleh mendaftar sekarang melalui aplikasi. Perkhidmatan pelanggan kami akan dalam talian 24/7 oleh Autobot dan juga ejen perkhidmatan pelanggan sebenar.

Bagi Pengurus Permasaran Cik, Syafiqah Syauqina berkata " Pihak GV RIDE menyediakan sistem yang fleksibel untuk kedua-dua pemandu dan penumpang, menggunakan sistem bidaan. Kadar pemandu minimum bermula dari RM1.25/km. 


Bagi mereka yang ingin menjadi pemandu e-healing GV RIDE pula mereka boleh mengunakan aplikasi yang terdapat di dilaman sesawang GV RIDE iaitu https://gvride.com/ untuk mendaftar.

Fokus kami adalah pada kawasan Lembah Klang, tanpa tergesa-gesa untuk meliputi seluruh Malaysia. Untuk pra pelancaran kami, kami menawarkan bonus untuk pick-up lebih dari 5km.

Seperti yang semua tahu kini terdapat banyak apliksai ehailing dipasaran. Untuk mempercepatkan proses GOLIVE kami telah membeli aplikasi white label yang sedia ada dipasaran dan telah membuat penambahbaikan terutamanya penambahan fungsi Al yang menalan modal yang amat tinggi. Penambahan ciri Al akan mengurangkan isu Pemandu tidak dapat Penumpang atau Penumpang tidak dapat pemandu. 

Seperti apliksai lain yang yang masuk kepasaran kebiasaannya akan ada masalah system yang akan di perbaiki pada awalan selepas pelancaran, System GV Ride telah melalui proses QA selama beberapa bulan sebelum kami GOLIVE oleh itu Pemandu tidak perlu risau tentang isu masalah applikasi hanya perlu focus kepada penjanaan pendapatan. Dari masa ke semasa kami akan menambah baik fungsi Al yang akan membantu kurangkankan masa perjalanan, menigkatkan pendapatan dan juga fokus kapada keselamatan.