KUALA LUMPUR, 18 Mei 2024 – BOOLAN TRENDING dengan Produksi Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bergerak menghasilkan karya Teater Tradisional Tun Fatimah Srikandi Melaka setelah Berjaya menghasilkan beberapa buah Teater sebelum ini seperti dan menguruskan beberapa acara besar sebelum ini.
Boolan Trending selaku penerbit, percaya dengan kredibiliti Pertubuhan Teater Melaka dan yakin seramai 800 penonton bakal datang menyaksikan persembahan Teater Tradisional Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7– 8 Jun 2024.
Pementasan teater ini membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Neera Azizi, Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Zack Kool dan juga membawa seorang atlit Malaysia dari gelanggang silat ke pentas teater iaitu Al Jufferi.
Memegang status juara dunia sebanyak 4 kali berturut- turut dalam kejohanan silat adalah satu kelebihan untuk Al Jufferi memegang watak Tun Busu. Anak Melayu pantang kalah. Bagi Neera Azizi pula peluang memegang watak utama sebagai Tun Fatimah merupakan satu penghargaan kepada beliau.
Kali ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas teater memandang teater kali ini merupakan siri kembara daripada pementasan lepas. Bagi pelakon lain pentas teater adalah merupakan gelangang yang sudah biasa bagi mereka.
Pemilik Boolan Trending Cik L Ahmad dan Ashraf Muslim mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengurusan acara dan juga persembahan pentas. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan acara dan lakonan.
Selain itu, rakan strategik mereka juga En. Lokman Ghani dan En. Nazim Rome mempunyai nama besar dalam bidang masing-masing.
Kekuatan mereka adalah berada di belakang penaung Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.
Pementasan ini juga menjayakan hasrat kerajaan Negeri Melaka dalam Misi Tahun Melawat Melaka 2024. Selain Teater ini, Boolan Trending Bersama rakan strategiknya PERTEM, Platinum Apple Communication dan RESBU juga telah merancang untuk beberapa produksi lain antaranya Konsert Ronggeng Vaganza, Konsert Dendang Warisan, Teater Hang Tuah, Teater Tun Perak serta projek cuti sekolah iaitu Teater Muzikal Kanak-kanak Cat Cit Cot.
Sidang media telah diadakan pada hari ini bagi mempromosikan teater Tun Fatimah Sri Kandi Empayar Melaka, ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Melaka merangkap ADUN Rim, ianya turut di hadiri Pengarah, Jabatan kebudayaan dan kesenian negara, Melaka Cik Ezlina bte Alias. Serta Ahli Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Saad. Dan Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai rakan Kerjasama.
Dapatkan tiket anda di http://t2u.asia/e/35912