11 Mei 2024 - Bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, Kuala Lumpur. ( Trilion Marketing Sdn Bhd ) telah melancarkan sebuah OST / Single berjudul PEJUANG ABATA di nyanyikan oleh AMY ZAKRI beserta muzik video rasmi. Filem dan lagu ini adalah terbitan Trilion Marketing Sdn Bhd.
Lagu ini merupakan OST utama Filem berjudul “Syahadan 2” Arahan sutradara Datuk Fairus Hussain & Halim Hassan, yang merupakan kesinambungan dari Filem Syahadan 1.
Filem Syahadan 2 akan melibatkan kerjasama dari selebriti persilatan Indonesia yang mana beliau pernah terlibat dengan koreografi lagak ngeri untuk Marvel Shang-Chi.
Lirik dan lagu adalah ciptaan Panglima manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Alan Monosterio Sepenuhnya. Lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Production, dimiliki sepenuhnya oleh En Haniff Khan Mohd Khan ( Anep Monosterio ).
Proses adunan dan mastering oleh Anep Monosterio. Asia Empire Records Malaysia turut bertindak sebagai syarikat rakaman serta pengedar rasmi diseluruh platfom digital.
1) Jangkaan penggambaran dan tayangan
Pihak kami masih dalam peringkat Pre-Pro dan dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun 2025. Tayangan kemungkinan pada tahun berikutnya.
2) Ringkasan jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan -
Omar menjejaki penceroboh yang cuba membunuh bapanya dengan senjata yang tercicir sehingga membawanya ke sebuah Kampung Alor Pulai. Ketika Omar sedang menjalankan siasatannya, secara tidak langsung Omar telah terjebak dengan satu sindiket modus operandi kanak-kanak hilang dan penjualan organ didalangi oleh satu kumpulan kongsi gelap antarabangsa.
3) Barisan pelakon utama :
- - Al-Jufferi Jamari
- - Chintya Chandranaya (Selebriti Persilatan Indonesia)
- - Master Agus Setiawan Jaya (Selebriti Persilatan Indonesia) - Anuar Rahman
- - Beto Khusairy (Dalam Cadangan)
4) Hala tuju Filem ( target pasaran filem )
- - Tempatan dan Indonesia
Muzik video rasmi “ PEJUANG ABATA " ditayangkan kepada umum bermula 12hb Mei 2024 manakala single ini sudah berada di semua platfom digital rasmi mulai 11 Mei 2024.