SOSIAL MEDIA

02 May, 2024

KAMISEMPOI INTERNATIONAL AGENCY DIIKTIRAF NO.1 PLATINUM AGENCY DI MALAYSIA SERTA TOP 5 TIKTOK AGENCY ASIA TENGARA


KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2024: Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.


Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.


Selain dinaungi  1,300  live host TikTok di Malaysia, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Indonesia dan Singapura apabila memiliki  100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub agensi secara keseluruhan. 


Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA juga sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai live host TikTok. 



Pada masa yang sama mengukuhkan lagi dalam dunia perniagaan di pemasaran digital apabila membuat pembaharuan dari sudut logo dan penjenamaan mereka.  Bahkan, mereka turut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 baru-baru ini untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mefreka yang selama ini turut membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh. 


Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat. 


“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami. 




“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini. 


“Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2023 dan pelantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil. 


Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berkata lagi, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan konten hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut. 



“Kenapa kita sangat tekankan mengenai konten hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten-konten bersifat mengemis. 


“Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena ban memang cukup senang,” katanya. 



Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA memang benar-benar komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi. 


“Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok. 


“Sebab, kalau kita lihat ketika ini, TikTok sememangnya adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini. 


“Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya. 



Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 


“Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa. 


“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya, kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank. 



“Dalam tempoh 8 bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka 6 digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” katanya. 

KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya, adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Acong Sweetchild. 

“Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menyertai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya. 



Pada sidang media ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempoi  International Agency. 


Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 


“Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif.  “Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya. 


Sementara itu, Riezman pula  berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 


“Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya. 



Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu. 


Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 



Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini. 


“Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini.  “Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah yang pertama di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.