Selepas 18 tahun! Ya … 18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri, showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam di tarikh 1 Jun 2024.
Untuk The A.C.A.B ini merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.
“Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami. Inilah masanya untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket early bird sudah habis dijual,” ujar Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan penganjur bagi showcase ini kelak.
THE A.C.A.B. merupakan kumpulan indie yang terdiri ahli kumpulan A.C.A.B. sewaktu mereka bermain muzik Indie pada sekitar tahun 2005-2007. Pada 2003. A.C.A.B telah pun mempersembahkan gig terakhir serta perpisahan mereka sebelum vokalis, Max melanjutkan pelajaran ke luar negara di London pada tahun yang sama. Apabila Max kembali pada 2005, beliau membentuk THE A.C.A.B. dengan bekas ahli kumpulan A.C.A.B. iaitu Edy pada gitar, Irfan pada dram serta Mono dari The Times pada bass serta Max pada gitar dan vokal.
A.C.A.B. berjaya merakam satu-satunya album Indie mereka yang bertajuk, "THIS IS THE A.C.A.B." pada tahun 2005. Apabila ia dipasarkan pada tahun 2006, album tersebut merupakan album terlaris di Malaysia selama 3 minggu berturut-turut di Carta RIM.
Dalam tempoh yang singkat dari 2005 hingga 2007, THE A.C.A.B. berjaya memberi impak kepada persada muzik Indie Malaysia dengan muncul di dua buah konsert iaitu Rock The World pada 2006 serta 2007. Kemudian mereka muncul di beberapa buag festival seperti Digi Street Blast dan Hitz TV Birthday Bash selain membuat persembahan di beberapa rancangan serta showcase sendiri.
Lagu mereka seperti "Setelah" & "Angkasa" sering dimainkan serta berada di carta stesen radio. Malah mereka juga membuat penampilan di Muzik-Muzik dengan lagu, "Setelah" yang kekal dalam pencalonan Juara Lagu sepanjang 2006-2007 sebelum berpisah pada 2007 dan kembali kembali sebagai, "A.C.A.B." pada tahun 2008.
Kini, selepas 18 tahun berehat, THE A.C.A.B. akan kembali untuk perjumpaan satu malam sahaja, THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara dalam sebuah showcase dengan satu-satunya album mereka serta barisan anggota asalnya pada 1 Jun 2024 8.30 malam!
“Pastikan anda menyaksikan persembahan ini dan adalah satu kemestian bagi setiap pencinta muzik Indie kerana kami akan mengimbau kembali THE A.C.A.B. serta momen Indie Nostalgia Malaysia sekitar pertengahan 2000-an untuk satu malam sahaja! INI ADALAH... A.C.A.B. & KAMI DATANG KEPADA ANDA!” pesan The A.C.A.B untuk semua.