DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘DOLLA Make You Wanna’ yang dilancarkan pada 20 March 2020. Sehingga kini, DOLLA telah mengeluarkan enam single solo, termasuk hits seperti Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.
Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, “Walaupun kami berasa berat hati menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya. Sementara itu, tiga lagi ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby, akan meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara. Malah, tahun ini pihak Universal Music Malaysia telah membuat pelbagai perancangan untuk memastikan kumpulan ini menempah nama di persada muzik Asia Tenggara, dan kami tetap akan meneruskan perancangan tersebut.”
“Tentulah kami berasa sedih dengan perkembangan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa jua keputusan beliau”, ujar Tabby.
Selain itu, Sabronzo pula berkata mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan DOLLA sebagai kumpulan.
Keakraban keempat-empat ahli kumpulan DOLLA ini diungkapkan oleh Angel yang berkata, “Hubungan kami sangat erat dan kami tetap anggap Syasya sebagai keluarga DOLLA. Persahabatan yang dibina selama ini tidak akan terputus begitu saja”.
Universal Music Malaysia berharap peminat DOLLA dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya DOLLA.