SOSIAL MEDIA

25 July, 2023

" WALK THE DOC " REVOLUSI PEMBUATAN FILEM DOKUMENTARI


Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 . Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc atau ‘Walk The Doc International Documentary Festival’ akan berlangsung pada 1-3 Ogos 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.

Bertempat di Mercure Langkawi Pantai Cenang, Festival ini dianjurkan oleh Walkabout Asia dengan tujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada produk dokumentari dan tenaga produksi yang menghasilkannya sambill membina jaringan komuniti pengkarya dokumentari dan kandungan berfakta yang lain. Merevolusikan Pembuatan Filem Dokumentari dengan Tumpuan kepada Pelancongan, Alam Sekitar, dan Kelestarian

Untuk penganjuran kali ke 2 ini, seramai 200 peserta dari akan berkampung di Mercure Langkawi untuk menyertai festival kali ini dari dalam dan luar Malaysia.

Pengarah Festival, Puan Nurashikin Zaharuddin mensasarkan matlamat tinggu agar festival Walk The Doc ini mampu menjadi sebuah festival tahunan berskala antarabangsa yang turut berfungsi sebagai platform untuk mereka yang berminat dan juga terlibat dalam penghasillan kandungan berfakta dan dokumentari berkumpul dan membina jaringan komuniti sesama mereka.


Dengan menetapkan tema Perlancongan, Alam Sekitar dan Kelestarian sebagai syarat layak utama untuk penyertaan dokumentari, festival tahun ini menyaksikan penyertaan lebih 50 dokumentari dari 15 buah negara untuk dipertandingkan tahun ini. Dokumentari yang telah dihantar untuk menyertai pertandingan tahun akan di nilai dan diadili oleh panel juri berpengalaman luas dalam penerbitan dokumentari.

Selama 3 hari, para peserta akan mengikuti pelbagai acara menarik yang disusun khas untuk festival kali ini. Antaranya, sessi tayangan dokumentari yang bertanding, juga sessi bengkel. pitching dan masterclass bersama panel-panel yang dilihat sebagai pemain utama dalam industri penerbitan dokumentari.

Terdapat juga sessi pembentangan istimewa oleh wakil organisasi media yang telah lama menerbitkan pelbagai jenis dokumentari Wakil dari RT Russia dan TRT Turki akan berkongsi pengalaman mereka. Malaysia akan diwakili oleh Bahagian penernitan Majalah TV3 yang akan berkongsii pengalaman dalam menerbitan program kandungan berfakta secara berterusan selama lebih 20 tahun. Jadual lengkap boleh didapati di laman sesawang rasmi Walk The Doc.






Para peserta antarabangsa juga akan berpeluang untuk melawat kawasan Pulau Dayang Bunting anjuran bersama Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA)

Bagi pihak Tourism Malaysia, pembabitan mereka sebagai rakan kerjasama strategik untuk festival ini membuka ruang lebih besar dalam menngukuhkan nama Malaysia sebagai destinasi perlancongan yang perlu diberi perhatain. Mereka percaya dengan memperkasakan lebih ramai penerbit kandungan melalui festival sebegini , akan terhasil lebih banyak kandungan-kandungan berkualiti yang menceritakan tentang Malaysia dan budayanya kepada dunia.

Disamping itu juga untuk festival kali ini, satu projek siri jelajah yang dinamakan ‘Small Stories, Big Impact’ (SSBI) telah diadakan pada bulan Mei dan Jun yang lalu. 6 lokasi telah di pilih untuk diadakan sessi bengkel dan perkongsian berkaitan proses produksi dokumentari dimana panel yang dijemput akan berkongsi tips dan proses yang perlu diambil dalam menghasilkan dokumentari .

Peserta SSB di semua lokasi berpeluang untuk melalui proses pitching dengan membawa cadangan dokumentari yang ingin mereka hasilkan. 8 idea menarik akan dipilih untuk mara ke peringkat produksi dimana mereka akan menerima wang produksi berjumlah RM5000 tajaan Think City dan seorang mentor yang akan memberi panduan serta tunjuk ajar untuk menghasilkan sebuah micro-dokumentari berdurasi antara 5- 8 minit. Kesemua micro-documentary yang telah siap akan ditayangkan untuk tomtonan umum di Channel YouTube Walkabout Asia dan di Bernama TV.

Pihak Walkabout Asia selaku penganjur festival amat berterima kasih kepada semua Rakan Strategik yang sudi memberikan Kerjasama untuk penganjuuran Walk The Doc International Documentary Festival tahun ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari mereka, penganjuran festival berskala antarabangsa sebegini tak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik.

Maklumat lebih lanjut berkaitan Walk The Doc International Documentary Festival boleh didapati di www.walkthedoc.com